Friday, January 24, 2014

Kes permohonan cerai Nurul Izzah dibawa ke Mahkamah Syariah

NURUL IZZAH dan suami, Raja Ahmad Shahrir pada dalam satu majlis politik di Kuala Lumpur.

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Lembah Pantai daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar dikatakan telah memfailkan permohonan cerai terhadap suaminya, Raja Ahmad Shahrir Iskandar Raja Salim di Mahkamah Rendah Syariah di sini awal bulan ini.

Kakitangan mahkamah yang mengesahkan perkara itu bagaimanapun enggan memberi kerjasama untuk mendedahkan maklumat lanjut mengenai kes tersebut.
Menurut sumber, Nurul Izzah, 34, yang merupakan anak sulung kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim memfailkan permohonan fasakh mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan 1984.
Raja Ahmad Shahrir Iskandar, 35, merupakan ahli perniagaan dan juga kerabat Diraja Johor.
Difahamkan, Nurul Izzah telah memfailkan permohonan cerai dua minggu lalu dan suaminya menerima notis saman tersebut pada 16 Januari lalu.
Artikel Penuh: http://kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0124&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm#ixzz2rJMxmkRY 
Hakcipta terpelihara 


Penyembuh pelbagai penyakit mengikut sunnah Rasullullah saw dan terbukti berkesan! Klik utk info!

Satu lagi kes di Johor Baru, empat sah koronavirus di Malaysia

Satu keluarga memakai penutup muka ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 24 Januari 2020. ― Foto Bernama K...