Thursday, November 3, 2011

Blog Makan Angin: Back To Nature


Makan Angin kali ini membawa saya dan team 'back to nature', which is ke Tasik Bera, Pahang yang akan mengambil masa about 4-5 hours. Memang jauh tempatnya!



Di Tasik Bera, saya dan team stay dekat resort/dorm yang disediakan oleh pihak Tasik Bera Resort. Apa yang akan saya cover dekat Tasik Bera ni? Haa... Producer Makan Angin kali ini nak membawa sikit kelainan dengan mendekati orang asli and find out makanan-makanan unik yang ada dikalangan mereka.

Selain itu, aktiviti yang akan saya lakukan adalah di sekitar Tasik Bera macam memancing (favourite saya), boating sekitar tasik and kayak. Ahaaa... Menarik kan?



Hari pertama dimulakan dengan activity dekat Tasik Bera, which is boating then memancing pulak... Kali ini, rezeki berpihak di sebelah saya, so dapat lah seekor ikan toman... Hehehe. Lepas tu, saya berkayak pulak dengan pengunjung-pengunjung yang rajin lepak dekat Tasik Bera cuz tak crowded sangat and dekat dengan alam semulajadi. Satu hari tu memang habiskan masa dekat Tasik Bera je. Heee... Memang syokk lah!



Hari kedua pula saya dan juga crew Makan Angin bergerak ke kawasan Post Iskandar dari Tasik Bera Resort di mana terdapat pertempatan orang-orang asli. Nak kata moden sangat pon takde lah cuz half of them still lagi mengekalkan cara/tradisi orang-orang asli. Menu makanan yang pertama adalah ‘ikan bakar’.



Namanya memang tak unik ya tapi cara masaknya agak unik... Pertama sekali kena lah tangkap ikan dekat sungai, then petik daun-daun herba untuk dicampur dengan ikan. Pastu kita siang lerr ikan nya. Oh, by the way, ikan yang saya dapat adalah ikan keli. Banyak sejarahnya ikan keli dengan saya ni. Hahaha...



Pergi Negeri Sembilan dapat ikan keli, pergi Pekan Baru pun ikan keli, dekat Pahang ni pun ikan keli... Adooii... Pening memikir cara nak siang ikan yang cukup liat ni tapi segalanya berjalan dengan mudah bila Cik Yohainis ajar saya untuk potong terus kepalanya. Lepas tu, kerja menyiang saya pon senang je.



“Bagi je berapa puluh ekor pasti Faiz akan settle kan!” Haha. Okay, lepas dah siang ikan and bersihkan, potong kecik-kecik then bungkus dengan daun mengkuang and BAKAR! Tunggu about 30 minit macam tu and siap. Time untuk rasa pulak. Rasanya sama macam yang saya makan dekat Kg. Ulu Keritan (perkampungan kaum Murut) dekat Sabah, which ikan dia tak berbau and sedap dimakan panas-panas pulak tu. Daun-daun herba yang dicampur pun not bad rasanya, so over all “Errmm.. dapp!”



Bagi menu masakan yang kedua pulak adalah ‘rebung’. Saya terjumpa Cik Yohainis yang tengah ambil rebung masa saya tengah menyumpit, konon-konon nak cari kijang lah tapi hmphhh satu pun tak dapat.

Untuk menu unik yang kedua ni simple je, kita ambil rebung and buang miang rebung tu, kemudian cuci bersih-bersih, then potong mengikut yang telah diajar oleh Cik Yohainis and rebuskan. Lepas dah siap tu saya makan lah rebung yang dah direbus tadi dengan nasi merah (padi merah bukit) dan juga sambal style orang asli. Fuhh! Memang kaw kaw lah pedasnya, sikit je pun dah berdesing telinga saya ni.



Nasi merah tu pulak dapat saya merasa sebab Cik Yohainis still ada simpanan nya, kalau tak memang tak merasa saya. Kempunan la! Saya berpeluang ke kawasan padi tersebut ditanam but masa saya pergi tu dia orang ni baru je bakar tempat tersebut and tanam benih padi yang baru. Kalau nak tau macam mana tempat and rupanya kenalah tengok episode di Tasik Bera ni nanti ya!



Di perkampungan orang asli ni jugak saya diberi peluang untuk tengok macam mana minyak keruing dihasilkan. Tak tau apa tu minyak keruing? Saya pun lagi lah tak tahu. Menurut Cik Yohainis dan saudara-maranya, minyak keruing ni terhasil dari sebuah pokok iaitu pokok keruing.



Nak ambil minyak tu kita kena bakar ditengah-tengah lubang yang dah ditebuk about 3 minit then tunggu dalam 15 minit or satu hari lagi elok untuk dapatkan minyak dari tempat yang telah dibakar tu. Menarik kan? Bau minyak keruing ni macam bau kemenyan and keistimewaan minyak ni boleh dijadikan sebagai ubat sapu.



Macam saya, masa ambik rebung dengan Cik Yohainis kena lah pulak miang rebung, so saya pon try sapu minyak keruing tadi dekat permukaan kulit saya yang gatal maka dengan sekelip matanya rasa gatal tu kurang lah sikit.

Masa tengah sibuk bercakap pasal minyak keruing, saya terdengar pulak bunyi gong dipukul banyak kali. Macam ada persembahan pulak. Saya pun ajak lah Cik Yohainis and team pergi ke arah bunyi tu. Sekali ada persembahan tarian la dekat rumah Tok Batin. Saya pun apa lagi, join lah. Bukan selalu dapat menari tarian orang asli ni, mostly yang menari time tu budak-budak and jiran-jiran yang terasa nak menari sekali. Memang best!



So... so far ni je yang saya dapat ceritakan through blog. Kalau nak tahu lebih banyak lagi, jangan lupa tengok Makan Angin II, jam 8.30 malam, setiap Jumaat and hanya di TV9! Jangan miss tau. Ni dah second last episode... Huhuhuhuww... Bye bye!


@gua.com.my

No comments:


Satu lagi kes di Johor Baru, empat sah koronavirus di Malaysia

Satu keluarga memakai penutup muka ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 24 Januari 2020. ― Foto Bernama K...