Gosip Gambar seksi Wawa Zainal tersebar di Internet, adakah sengaja dimuat naik?


Siapa Wawa Zainal ni? Hm, alang-alang sekali sekala kita selitkan juga artis yang baru nak naik ni. Bukan bertujuan nak promote, tapi artis suam-suam kuku ni macam saja je dapat ilham nak dikenali lebih cepat.
Wawa Zainal, berusia 20 tahun kelahiran Lahad Datu, Sabah ini boleh dikenali melalui drama Ana Lu’lu dan Klik. Di media tidaklah nampak seksi sangat, dan namanya tidaklah se’popular artis lain.
Semalam Melodi membongkar gosip mengenai penyebaran gambar seksinya di internet. Pabila diterjah, katanya itu gambar lama yang diambil sendiri dan dia sendiri tak tahu macam mana gambar tu tersebar.

Ada orang kata, gambar ini macam sengaja dimuat naik artis tersebut sebagai satu batu loncatan untuk mendapat publisiti murahan.
Hm, sayang betul. Wawa Zainal ni cantik orangnya, bakat pun ada. Tapi kalau macam ini kaedah tarik perhatian orang, memang hancur’lah.
@artis.my
asampedaz: shomel..hik